shape
shape

18 Mimik Sahaja, Anak Cepat Membaca?

Puan Chahaya berpengalaman mengajar lebih 25 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Memang jika anda lihat di luar sana, banyak sekali kaedah dan teknik untuk ajar anak-anak membaca. Pelbagai nama dan juga cara digunapakai untuk mengajar anak-anak seawal 4 tahun ini cepat membaca. Persoalannya, walaupun begitu banyak kaedah dan teknik membaca kenapa peratus buta huruf di negara kita masih meruncing?

Sebabnya mudah sekali. Tidak semua kaedah dan teknik ini mampu membantu anak-anak cepat membaca. Dan tidak semua anak-anak sesuai untuk satu teknik dan kaedah membaca ini. Apa yang kami ingin tonjolkan ialah cepat membaca dan mahir membaca. Dalam Cahayaku Legacy, kami namakannya sebagai sistem membaca kerana kami boleh mengenal pasti permasalahan anak-anak sebelum diajarkan mereka membaca. Dan apa yang lebih penting sistem Cahayaku boleh membantu anak-anak cepat membaca dan turut membantu kanak-kanak istimewa membaca.

Dalam sistem Cahayaku, para pelajar hanya diperkenalkan 18 mimik sahaja yang mewakili 18 abjad dan kanak-kanak normal boleh membaca dengan cepat.

Sistem ini diasaskan oleh Puan Chahaya Abdul Manan (Aunty Chahaya) dan penyelidikan berkaitannya pula dijalankan oleh Uncle Zahari sejak sebelum 1998 lagi sehinggalah hari ini. Menurut Aunty Chahaya ketika ditemuramah oleh Harian Metro, “dia mendapat ilham membukukan kaedah ini selepas mengajar anak saudara yang tidak boleh membaca walaupun sudah berusia tujuh tahun.

“Ketika itu, saya sudah melepaskan jawatan sebagai setiausaha dan bekerja sebagai guru tadika. Pelbagai kaedah saya gunakan, namun tidak berjaya. Dia mudah bosan dan melarikan diri apabila dipaksa belajar. Dia bertanya bolehkah membaca tanpa tahu ABC. Secara logiknya memang tidak boleh.

“Suatu hari anak ini menangis apabila diejek kawan. Mengamati tangisannya ini saya mula terfikir alangkah bagusnya sekiranya saya mampu menukar perkara negatif kepada positif. Lalu saya mula mencipta 18 mimik muka berdasarkan abjad utama. Contohnya, bunyi ketika ibu menyuapkan makanan saya berikan sebagai A dan begitulah seterusnya saya mula mencipta mimik muka tersendiri,” katanya.

Menurut Aunty Chahaya lagi, “Apabila kanak-kanak ini didedahkan 18 mimik muka yang mewakili 18 abjad, mereka boleh menggabungkannya sendiri termasuk untuk suka kata yang panjang. Pendekatan ini sangat unik dan membolehkan kanak-kanak istimewa membaca dengan mudah,” katanya.

Sejak dibukukan pada 1998, kaedah ini sudah digunakan di pelbagai sekolah tadika termasuk Tadika Perpaduan, kelas pemulihan, sekolah swasta dan kerajaan bagi menyelesaikan masalah pembelajaran di sekolah. Pada akhirnya anak istimewa seperti autisme, sindrom down atau lambat belajar dapat menguasai pembacaan dengan baik.

“Lebih penting kaedah ini memberi ruang kepada ibu dan anak mempunyai masa bersama-sama. Ikatan kasih sayang menjadi lebih erat, malah pengajar tidak rasa terbeban kerana membaca diibaratkan seperti bermain. Tidak perlu masa yang panjang, hanya lima minit sudah memadai untuk satu sesi,” katanya.

Katanya, kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mempelajari dan memperbetulkan bacaan mereka sendiri. Ini secara tidak langsung dapat menukar sifat negatif kepada positif kerana mereka tahu kekurangan diri sendiri. Disebabkan keunikannya juga ada anak kecil sudah boleh membaca surat khabar seawal lima hari mempelajarinya.

Untuk tonton penjelasan Aunty Chahaya sendiri boleh tonton di sini ye.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back
Whatsapp
Widget Chat Prospect Cahayaku Legacy HQ - Branch Redirect