Asas Penulisan 6 Tahun

Cahayaku Early 6 Years (BM)

Asas penulisan merupakan satu lakaran mudah yang perlu dipelajari oleh setiap kanak-kanak yang ingin belajar menulis. Kanak-kanak yg berumur 2 tahun sehingga ke 6 tahun apabila diberikan pensel, pensel warna atau krayon mereka akan mula menconteng samada diatas meja, lantai, dinding atau pun kertas.

Dengan membuat pergerakan mudah dari atas ke bawah, bawah ke atas, dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan melakar bentuk bulatan akan memberikan satu rasa kepuasan kepada setiap kanak-kanak. Contengan adalah penulisan diperingkat awal bagi setiap kanak-kanak. Melalui contengan inilah akan menguatkan lagi motor halus mereka.

Setiap lakaran atau pergerakan akan membuatkan kanak-kanak ini mula belajar untuk menulis bentuk-bentuk abjad. Kalau kita perhatikan , setiap contengan merupakan satu mesej yang ingin mereka sampaikan.

Apabila mereka sudah pandai menulis mereka mula faham bahawa setiap penulisan merupakan satu alat komunikasi mudah yang boleh disampaikan melalui kertas.

Cahayaku Legacy

Cahayaku Legacy

Typically replies within an hour

I will be back soon

Cahayaku Legacy
Hai / Salam 👋
Anda perlukan bantuan atau ada pertanyaan?
Perlukan Bantuan?