🚀 Bersedia Lihat Anak Anda Mula Membaca Hari Ini?
Beri peluang kepada anak anda untuk alami perubahan sebenar, hanya dalam sesi pertama Klinik Membaca Cahayaku!
✅ Saringan Tahap Bacaan
✅ Intervensi Teknik Cahayaku
✅ Hasil dalam masa 5 minit
✅ Perundingan terus dengan Konsultan Cahayaku
📥 Isi borang sekarang dan kami akan bantu anda teruskan langkah seterusnya.
➡️ Anda akan terus dibawa ke WhatsApp pengusaha untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
👇 ⬇️ Skrol ke bawah untuk info lanjut!
"Anak Anda Masih ‘Struggle’ Belajar di Sekolah?"
Jika anak anda masih lambat membaca walaupun dah cuba pelbagai cara, mungkin inilah sesi paling penting untuk masa depannya. Klinik Membaca Cahayaku bantu ibu bapa kenal pasti punca sebenar, uji tahap bacaan, dan tunjukkan potensi anak membaca – hanya dalam 5 minit!
Klinik Membaca Cahayaku
Bangkitkan Potensi, Bina Keyakinan Anak
Liputan Media













❗ Anak anda masih bergelut untuk membaca walaupun sudah bersekolah?
Berikut tanda-tanda yang sering kami temui daripada ibu bapa yang hadir ke Klinik Membaca Cahayaku:
Masih ‘zero’
Langsung tak boleh membaca walaupun dah kenal serta hafal huruf A sampai Z
Tidak Lancar
6 tahun ke atas tetapi masih tidak boleh membaca dengan lancar
Merangkak
Membaca lambat dan tidak faham walaupun sudah di Darjah 1, 2 atau 3
2 Suku Kata sahaja
Hanya mampu membaca dua suku kata, tidak boleh sambung lebih
Tidak Faham
Masih lagi ada suku kata yang tidak dikuasai dan tiada pemahaman apa yang dibaca
Tidak Kuasai Asas
Tidak menguasai asas membaca dalam 3 bahasa utama – BM, BI & Arab
Tidak Boleh Menulis
Tiada kemahiran menulis sendiri, hanya salin apa yang ditulis oleh cikgu atau dari buku
Ciri Istimewa
Mempunyai ciri-ciri istimewa seperti cepat hilang fokus, sukar duduk diam, atau lewat bercakap
❗ Setiap tahun, masalah buta huruf di kalangan pelajar sekolah rendah semakin membimbangkan
Saban kali bermulanya sesi persekolahan, ibu bapa, guru dan pihak kementerian berdepan situasi yang sama, ramai pelajar masih tidak boleh membaca!
📉 Lihat sendiri data dan realiti semasa:
170,000 murid sekolah tidak mahir membaca
(Astro Awani, Jan 2023)
27% murid Tahun 1 tidak boleh membaca
(Utusan Malaysia, Sept 2024)
World Bank laporkan kanak-kanak Malaysia tidak cukup bersedia ke sekolah rendah
(AsiaNews, Mei 2024)
Punca utama: kegagalan penguasaan asas 3M bermula dari rumah
(Astro Awani, Okt 2024)
😔 Dan masalah ini tidak terhenti di sekolah rendah...
Bayangkan, pelajar Tingkatan 1 hingga 3 masih tak boleh membaca!
"Pelajar Tingkatan 1 tidak boleh membaca - bukan perkara baharu"
(Astro Awani, Jul 2022)
"Tingkatan 3 pun gagal sifir 2, tak boleh membaca"
(Kosmo, Sept 2024)
🧠 Ibu bapa bukan tidak berusaha… tapi usaha yang salah arah
Ramai yang dah cuba:
Hantar ke kelas membaca online & offline
Guna pelbagai teknik fonetik atau sistem eja
Ajar sendiri di rumah
Dapatkan nasihat pakar & terapi
Tapi… anak tetap tak lancar membaca!
Kenapa?
Kerana setiap anak berbeza karakter, gaya pembelajaran dan tahap penguasaan. Bukan semua teknik sesuai untuk semua anak.
💣 Jika tidak diatasi SEAWAL umur 7 tahun...
Akibatnya anak:
Tidak faham buku teks sendiri
Tidak faham soalan & arahan
Tidak boleh menjawab latihan sendiri
Tidak boleh menulis tanpa menyalin
Dan akhirnya… hilang minat untuk belajar
✋ Pelajar hadir ke sekolah dengan fizikal… tetapi jiwanya kosong. Dan dari sinilah masalah emosi, sosial, dan ‘inferiority complex’ mula terbentuk.
💡 "Kami Membina IQ Melalui EQ."
Di Cahayaku, kami percaya bahawa kecerdasan anak dibentuk melalui emosi yang stabil dan pengalaman belajar yang menyeronokkan.
🌟 Kenapa Klinik Membaca Cahayaku Lain Daripada Yang Lain?
Intervensi Pantas - Lihat Hasil paling kurang 5 Minit
Kami ajar terus pada titik kelemahan anak dalam sesi pertama, dan ibu bapa boleh lihat hasil serta-merta.
Teknik & Konsep Tersendiri
Teknik yang tersendiri yang lebih mudah diakses oleh anak normal & istimewa, bukan fonik dan membatang
Bantu Alter Behaviour Anak Ketika Belajar
Teknik kami bukan sekadar bantu anak membaca, tapi bantu anak ubah sikap, fokus dan minat belajar.
Bimbing Ikut Karakter & Gaya Belajar Anak
Setiap anak unik — visual, auditori, kinestetik. Kami kenal pasti gaya mereka dan sesuaikan cara ajar.
🔁 Inilah kenapa kami percaya:
“IQ anak akan berkembang apabila EQ mereka disentuh dengan betul.”
🧩 Solusi Untuk Masalah Membaca Anak Anda
“Cahayaku Bukan Sekadar Ujian – Kami Tunjuk Solusi Terus Dalam Sesi Pertama.”
Apa Berlaku Dalam Klinik Membaca?
🔍 1. Penilaian Realistik
Ujian Tahap Bacaan Anak
Kami mulakan dengan penilaian bacaan berstruktur, berdasarkan Modul Cahayaku; bukan sekadar ikut umur atau darjah.
Anak akan diuji dari aspek kemahiran tahap membaca 3 bahasa: BM, BI & BA.
🎯 2. Intervensi Terus
Penilaian Karakter & Sesi Brainstorming
Setiap anak ada karakter tersendiri ; normal atau istimewa, kami nilai gaya belajar dan respon anak sepanjang sesi.
Ibu bapa akan diberi ruang untuk berbincang dan berkongsi cabaran anak. Dari sini, kami bantu brainstorm untuk faham akar masalah sebenar.
💡 3. Buka Potensi Sebenar
Percubaan Teknik Cahayaku
Kami terus ajar anak pada bahagian yang gagal dikuasai. menggunakan Teknik Cahayaku, ibu bapa boleh lihat perubahan anak secara langsung dalam 5 minit pertama.
Bukan sekadar uji – kami tunjuk terus solusi di hadapan mata!
🗺️ 4. Khidmat Nasihat
Perundingan Solusi & Laluan Anak
Akhir sesi, kami bentangkan cadangan intervensi yang sesuai mengikut:
Tahap bacaan semasa
Karakter dan gaya belajar
Komitmen dan pilihan program
Tiada paksaan. Tiada jualan agresif. Hanya cadangan jujur, berdasarkan apa yang anak perlukan.
👪 Apa Kata Ibu Bapa?
Masa saringan tak boleh, baru 4 tahun
“Teruja dan tak sangkalah secepat ini. Berapa minit je .. tinggal sekejap je, dah panggil. Tak sampai 2 minit kot kan .. terus dah boleh baca Diftong. masa saringan tak boleh. Baru 4 tahun”

Tak boleh baca A-E-I-O-U, dalam masa 5 minit cikgu panggil balik
“Sebelum ini anak saya yang 5 tahun tak boleh baca A-E-I-O-U, dalam masa 5 minit cikgu panggil balik resultnya amat memeranjatkan. Begitu juga anak saya yang 9 dan 10 tahun sebelum ini ada perkataan yang tak boleh baca. Saya rekemen sangat hantar anak-anak belajar di sini!”

Cikgu Cahaya buat MAGICAL kot!
“Cikgu Cahaya buat MAGICAL kot! Masa sesi saringan dia tak boleh baca muka surat 15. Macam tak percaya, saya baru duduk sekejap tak sampai 5 minit je Cikgu dah panggil semula. Anak saya 9 tahun tadi dah boleh baca muka surat 15 tu. Sebelum ni dia tak boleh baca 3 suku kata”

Diuji, Diiktiraf & Dibuktikan Berkesan
💡 Kenali Cahayaku
Oleh Puan Cahaya Abdul Manan (Pereka Konsep & Penulis Cahayaku)
📚 Modul Utama Cahayaku
Bahasa Melayu
English Language
Luhgatul Arabi
Lughatul Qurani
📝 Surat Penghargaan Jabatan Kerajaan
📰 Liputan Media Surat Khabar
📰 Liputan Media Televisyen
🔍 Apa Itu Klinik Membaca Cahayaku?
Klinik Membaca Cahayaku ialah program intervensi awal bukan biasa-biasa. Ia direka khas untuk ibu bapa yang buntu bila anak:
• belum boleh membaca,
• membaca merangkak, atau
• langsung tidak konsisten walaupun sudah bersekolah.
📌 Di klinik ini, bukan sekadar uji & selesai di kertas, tapi kami tunjuk potensi sebenar anak anda – secara langsung!
🎯 Apa Objektif Kami?
✅ 1. Menilai Tahap Bacaan Sebenar Anak
Kami uji secara hands-on untuk tahu tahap sebenar — bukan semata ikut umur atau darjah.
✅ 2. Kenal Pasti Punca Masalah Membaca
Adakah masalah pada huruf? Bunyi suku kata? Fokus? Atau tingkah laku semasa belajar?
✅ 3. Demonstrasi Teknik Cahayaku
Kami ajar terus pada titik lemah anak – guna teknik Cahayaku yang mudah difahami.
✅ 4. Sesi Perundingan & Cadangan Solusi Terbaik
Ibu bapa tak dibiarkan tertanya-tanya. Kami beri gambaran jelas laluan yang sesuai untuk anak — ikut karakter, kemampuan dan kesediaan.
💬 “Ramai ibu bapa datang risau – pulang dengan harapan & keyakinan baharu setelah lihat sendiri perubahan anak mereka hanya dalam satu sesi.”
🌈 Anak Anda Masih Ada Harapan Untuk Cemerlang
Ramai ibu bapa datang ke Klinik Membaca Cahayaku dalam keadaan buntu dan kecewa:
❌ Dah cuba macam-macam teknik dan kelas — tapi anak masih tak lancar membaca.
❌ Rasa anak kurang bijak, susah fokus, atau “tak boleh diajar”.
❌ Ada yang hampir putus asa dan anggap sudah terlambat.
Tapi di sinilah, segalanya berubah.
💡 Kami percaya setiap anak dilahirkan dengan potensi besar — cuma belum jumpa cara yang betul untuk dicungkil.
🎯 Klinik Membaca ialah titik mula perubahan besar anak anda.
Daripada keliru → faham.
Daripada takut → yakin.
Daripada benci buku → seronok belajar.
💬 “Bila ibu bapa lihat sendiri anak yang selama ini ‘tak boleh baca’ mula membaca depan mata – segalanya berubah.”
👇 🖱️ Klik butang di bawah untuk pertanyaan lanjut & pendaftaran!
Saya Perlukan Bantuan 👋
Boleh Whatsapp Sekarang?
❓ Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah program ini berbayar?
Tidak. Klinik Membaca Cahayaku adalah program komuniti yang dijalankan secara percuma untuk memberi peluang kepada ibu bapa mendapatkan solusi awal bagi masalah anak yang tidak boleh atau tidak lancar membaca.
2. Adakah anak dan ibu bapa perlu hadir bersama?
Ya, kehadiran anak bersama ibu atau bapa adalah wajib. Ini penting supaya kami dapat menilai terus tahap anak dan memberi penerangan serta konsultasi secara terus kepada ibu bapa.
3. Boleh tak saya tinggalkan anak sepanjang sesi?
Tidak boleh. Klinik ini bukan kelas biasa. Ia melibatkan sesi penilaian bersama, demonstrasi teknik, dan perbincangan solusi. Kehadiran ibu bapa sangat penting agar program berjalan dengan lancar dan berkesan.
4. Perlu bawa apa-apa peralatan atau buku?
Tidak wajib, tetapi jika ada buku yang anak sedang guna untuk membaca, amat digalakkan untuk dibawa. Kami akan semak dan beri cadangan berdasarkan bahan tersebut.
5. Anak saya istimewa. Boleh sertai program ini?
Boleh! Klinik Membaca Cahayaku direka khas untuk pelajar normal dan istimewa. Jika anak ada rujukan atau diagnosis dari doktor pakar, sila bawa bersama supaya kami boleh menyesuaikan pendekatan mengikut keperluan anak.
6. Berapa umur minimum dan maksimum peserta?
Penyertaan disarankan untuk anak berumur 5 tahun ke atas. Tiada had umur maksimum – kami pernah membantu pelajar remaja dan dewasa yang masih belum mahir membaca, dan mereka berjaya!