Dari tahun 1998, Cahayaku bermula di bawah naungan syarikat Karisma Unggul Sdn Bhd. Apabila Cahayaku berkembang dan mendapat penerimaan daripada masyarakat sebagai sistem pendidikan yang berkualiti, Edu Cahayaku Sdn Bhd akhirnya ditubuhkan sebagai syariakt sendiri. Sehingga 2019, Cahayaku terus mendidik di bawah Edu Cahayaku dari tahun 2001 dan merupakan produk yang terkenal di pasaran Malaysia selama lebih dua dekad.
Bagi merealisasikan matlamat Sistem Cahayaku ke pasaran antarabangsa, pada 30hb Jun 2019 Rangkaian Pusat Pendidikan Cahayaku diperkenalkan di bawah Jenama Cahayaku Legacy. Juga dikenali sebagai CL terdiri daripada program As Siddiq (Tadika Integrasi), Al Farooq (Sekolah Rendah Integrasi), Klass (Kelas Membaca BM & BI) dan Kalam (Kelas Bahasa Arab dan Al Quran). Kini Cahayaku Legacy dan Edu Cahayaku diuruskan oleh anak syarikat Edu Sync Solutions.
Teknik Cahayaku merupakan satu-satunya Konsep Cepat Membaca yang menggunakan mimik untuk membantu kanak-kanak lebih cepat membaca. Teknik ini telah diasaskan oleh Puan chahaya Abdul Manan sejak tahun 1998. Berkonsepkan 7M iaitu berMain, Membaca, Mengira, Menulis, Mewarna, Mengeja dan Moral, kaedah ini adalah gabungan mimik konsonan dan bunyian vokal akan menghasilkan bunyi suku kata.
Pembelajaran menggunakan Teknik Cahayaku akan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan tidak membebanan daya ingatan. Sistem Cahayaku telah melakukan penyelidikan ke atas kanak-kanak dari lingkungan usia 4 tahun sehingga pelajar buta huruf berumur 30 tahun.
Kaedah ini telah menjalani penyelidikan terhadap 30 orang pelajar istimewa yang terdiri daripada disleksia, autism, sindrom down, mental retarded, pelat, kanak-kanak yang hilang pendengaran dan pelbagai kategori yang lain. Melalui penyelidikan ini, Teknik Cahayaku telah berjaya membantu mereka membaca dan memulihkan karektor para pelajar tersebut.
Sistem Cahayaku telah mengeluarkan modul cepat membaca untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan yang terkini untuk Bahasa Arab dan Qurani.
The Specialist – Researcher & Editor Cahayaku System
The Founder – Concept Creator & Writer Cahayaku System
The Content Writer & Trainer – Videographer and Marketer
The Botak – IT & Marketing Strategist
The Operation Manager
The Trainer & HR Manager
The Artist
The Sales Manager
The Finance Manager
No products in the cart.