"Semasa anak sulung berumur 4 tahun, kami berpendapat satu keperluan kepada anak menguasai kemahiran membaca di awal usia supaya di sekolah rendah lebih mudah dia berinteraksi dan menguasai ilmu subjek-subjek yang lain. Kemahiran membaca adalah perkara asas sebelum belajar. Dia bacakan surat khabar pada nenek dia masa umur 4 tahun. Itu satu kejayaan besar pada umur 4 tahun, 4 bulan boleh membaca!"