-
-
Pendaftaran Sesi 2026
Open Day
CahayakuSertai Sesi Percuma Dalam Klinik Membaca Cahayaku
Selamat Datang
Membentuk Generasi, Mewarisi Legasi
Untuk membina generasi masa depan yang cemerlang kami percaya bahawa setiap anak, normal atau istimewa berhak menguasai kemahiran membaca.
Diasaskan oleh Puan Cahaya Abdul Manan sejak 1998, Teknik Cahayaku merupakan satu-satunya pendekatan bacaan yang menggunakan mimik untuk membantu kanak-kanak membaca lebih cepat dan berkesan.
Berdasarkan prinsip 7M – BerMain, Membaca, Mengira, Menulis, Mewarna, Mengeja dan Moral – kaedah ini telah terbukti berkesan melalui penyelidikan ke atas pelajar istimewa seperti disleksia, autisme, sindrom down dan lain-lain keperluan khas.
Hari ini, Cahayaku bukan sekadar kaedah membaca – tetapi satu legasi pendidikan yang membentuk karakter, keyakinan, dan kecemerlangan generasi muda.
Liputan Media













Persediaan Awal
Jangan Tunggu Sampai Terlambat
Dalam perjalanan mendidik anak yang sedang membesar, ramai ibu bapa terlupa perkara paling asas, bahawa kunci kepada segala ilmu ialah kemahiran membaca.
Ramai ibu bapa hanya sedar anak mereka mempunyai masalah membaca bila anak sudah berada di Darjah 2 atau 3. Sama ada anak normal atau istimewa, cabaran membaca sering tidak dikenalpasti awal kerana kelihatan ‘biasa-biasa’.
✔️ Anak normal yang belum kuasai 3M (Membaca, Menulis, Mengira) akan mudah tercicir di sekolah rendah, terutama jika tidak menguasai Bahasa Melayu, Inggeris, dan Arab seawal usia 4–6 tahun.
✔️ Anak istimewa pula seperti autisme, disleksia, ADHD atau speech delay memerlukan pendekatan khas. Tanpa saringan awal, tingkah laku mereka sering disalah anggap sebagai ‘malas’ atau ‘manja’.
Di Cahayaku, kami membantu ibu bapa mengenal pasti tahap anak dan memberi intervensi awal melalui teknik mimik dan terapi sensori – bukan semata-mata pengajaran, tetapi aktivasi IQ & EQ.
🌱 Lagi awal anak dibimbing, lagi tinggi peluang untuk mereka membina keyakinan dan berdikari.
Solusi Cahayaku
Fahami Anak, Bina Sifat,
Gunakan Teknik yang Sesuai
Setiap anak adalah unik. Sebelum mereka dapat membaca dengan baik, mereka perlu bersedia untuk belajar secara emosi, mental dan tingkah laku. Di Cahayaku, kami bukan hanya ajar teknik membaca. Kami mulakan dengan memahami anak, membina sifat positif semasa mengajar dengan teknik yang terbukti berkesan.
“Program membaca awal kanak-kanak menggunakan teknik intervensi EQ-Centric, khas untuk anak berumur 4 tahun ke atas.”
1
Kenali Karakter Anak
Setiap karakter memerlukan cara pendekatan yang berbeza
2
Bina Sifat Positif
Latih anak bina & ubah kepada sifat yang lebih positif
3
Gunakan Teknik Yang Betul
Klinik Membaca kami bantu anda kenal pasti karakter & sifat anak, dan percubaan teknik Cahayaku
Kenapa Pilih Cahayaku?
Kerana Anak Anda Berhak
Belajar Dengan Cara Yang Betul
Di Cahayaku, kami tak percaya semua anak perlu belajar dengan cara yang sama. Kami faham bahawa setiap anak berbeza dan kami sediakan pendekatan yang sesuai dengan karakter, keperluan dan potensi mereka.
#1 - Teknik Unik
Teknik unik Cahayaku menggunakan mimik untuk bantu anak membaca tanpa mengeja, membatang atau fonik.
#2 - Intervensi Awal
Kami tak tunggu anak gagal. Kami uji, ajar dan tunjuk perubahan seawal sesi pertama
#3 - Modul Lengkap
Semua modul direka mengikut tahap keupayaan pelajar, bukan umur semata
#4 - Fokus Bina EQ
Emosi yang stabil, pembelajaran jadi lebih cepat dan menyeronokkan
Program Pendidikan Cahayaku
Program Pendidikan Menyeluruh Untuk Anak Anda
Sekolah Rendah
Program KAFA Darjah 1-6 menggabungkan kurikulum KAFA dengan Modul Cahayaku.
Kelas Membaca
Kelas intervensi membaca Cahayaku untuk pelajar normal berumur 7 tahun ke atas.
Pendidikan Khas
Program harian anak istimewa yang memerlukan pembelajaran Modul Cahayaku & latihan berdikari.
Terapi Membaca
Sesi khas untuk anak istimewa, belajar membaca dengan terapi sensori serta Modul Cahayaku.
Perjalanan Bersama Cahayaku
Bagaimana Cahayaku boleh bantu anda?
Ibu bapa selalu tanya, “Apa langkah pertama saya patut buat?”
Di Cahayaku, semuanya bermula dengan faham anak dulu. Kami sediakan laluan yang jelas dan mudah.