Rangkaian Pendidikan Tadika Sekolah Rendah Kelas Membaca Kelas Mengaji

Berkonsepkan Pemantapan Struktur Asas 7M  dengan Modul Membaca #1 Terpantas & Berkesan ke Arah Membina Legasi Insan dengan Kecemerlangan Dunia & Akhirat

Liputan Media

AS-Cyberjaya-1.png
Aunty-2.png

Tentang Kami

Modul Berkesan Sejak Tahun 1998

Teknik Cahayaku merupakan satu-satunya Konsep Cepat Membaca yang menggunakan mimik untuk membantu kanak-kanak lebih cepat membaca. Teknik ini telah diasaskan oleh Puan chahaya Abdul Manan sejak tahun 1998. Berkonsepkan 7M iaitu berMain, Membaca, Mengira, Menulis, Mewarna, Mengeja dan Moral, kaedah ini adalah gabungan mimik konsonan dan bunyian vokal akan menghasilkan bunyi suku kata.

Kaedah ini telah menjalani penyelidikan terhadap 30 orang pelajar istimewa yang terdiri daripada disleksia, autism, sindrom down, mental retarded, pelat, kanak-kanak yang hilang pendengaran dan pelbagai kategori yang lain.

Melalui penyelidikan ini, Teknik Cahayaku telah berjaya membantu mereka membaca dan memulihkan karektor para pelajar tersebut.

"Kemahiran utama dalam mendidik anak di awal usia adalah kemahiran Membaca, dari pandai membaca ANAK akan mula Menulis dan Mengira."

Sejarah Perkembangan

Dari Modul ke Jenama

Cahayaku bermula dengan pembinaan modul dahulu, kemudian digunakan oleh para Guru dan Operator Institusi Pendidikan, sehinggalah penjenamaan Rangkaian Cahayaku Legacy dan program Khidmat Maysarakat iaitu Klinik Membaca!

1998

Modul & Penggunaan

Modul lengkap Membaca Teknik Cahayaku dihasilkan dan Tawaran kepada Pusat Pendidikan menggunakan Modul Cahayaku

2019

Penjenamaan Cahayaku

Jenama Cahayaku Legacy sebagai rangkaian pendidikan Cahayaku diperkenalkan di seluruh Malaysia

2020

Klinik Membaca

Program khidmat masyarakat dengan memberi harapan dan peluang kepada anak-anak buta huruf atau tidak lancar membaca dengan membuat saringan, diagnosis tahap dan keberkesanan teknik membaca, serta memperbaiki tahap bacaan sediada secara PERCUMA

7M =  berMain   Membaca   Mengira   Menulis   Mewarna   Mengeja   Moral 

Modul Utama

Modul Cahayaku

Modul Utama Cahayaku ‘Advanced’ digunakan di seluruh rangkaian Cahayaku Legacy dan  Pengguna Modul Cahayaku hanya menggunakan sebahagian Modul Utama Cahayaku.

Bahasa Melayu

Modul membaca Bahasa Melayu #1 Terpantas & Berkesan, terbukti juga kepada pelajar ‘Special’

English Language

Modul belajar membaca sebutan (pronunciation) dalam Bahasa Inggeris mengikut versi UK.

Lughatul Arabi

Modul belajar membaca Bahasa Arab dan sebutan khas (bertajwid) dengan hasil ‘auto’ boleh mengaji Al Quran dengan tartil.

Luhgatul Qurani

Modul belajar menghafaz & menghayati Al Quran dengan konsep hafazan berintonasi berserta maksud setiap perkataan Al Quran.

Program Rangkaian

AS-Cyberjaya-1-1.png

Tadika Integrasi As Siddiq

Pusat pendidikan awal kanak-kanak 4-6 tahun yang lengkap merangkumi Modul Bacaan Terbaik kami untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Arab yang digabungkan dengan KSPK (Kurikulum Kementerian Pelajaran) dan KAFA (Kurikulum Jabatan Islam)

Sekolah Rendah Integrasi Al Farooq

Pusat pendidikan rendah yang lengkap merangkumi Modul Bacaan Terbaik untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab & Modul Al-Quran (Hafz Quran) yang digabungkan dengan KSSR (Kurikulum Kementerian Pendidikan) dan KAFA (Kurikulum Jabatan Islam)

photo_2019-10-08_10-10-42.jpg

Klass Membaca Advanced

Kelas belajar membaca untuk Bahasa Melayu lengkap dengan Modul Bacaan utama kami dimantapkan dengan Modul Tambahan Penulisan Awal, Ejaan & KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) yang sangat diutamakan & disyorkan kepada pelajar kelas pemulihan.

Kelas Mengaji Al Quran

Kelas belajar membaca Lughatul Arabi dengan kaedah mudah membaca bahasa Arab secara automatik boleh membaca Al Quran dengan sebutan Tajwid yang betul, menghafal Perbendaharaan Kata Arab dengan Modul Lughatul Qurani terbaru yang membantu pelajar menghafal Al Quran secara auto berserta makna untuk penghayatan serta alunan bacaan serupa melodi bacaan Sheikh Mishary Al Rashid.

photo_2020-07-17_22-12-03-1.jpg

Pengguna Modul

Pusat Pendidikan persendirian & swasta terdiri daripada tadika dan pusat tuisyen yang telah menggunakan Modul Cahayaku Basic sebelum jenama Cahayaku Legacy ditubuhkan pada tahun 2019 dan mereka beroperasi dan bergerak secara individu sebagai pengguna asas Cahayaku sahaja

Modul Membaca #1  Terpantas   Proven Result 

Jika pelajar ‘Special’ terbukti boleh belajar membaca dengan Teknik Cahayaku, adalah lebih mudah untuk Pelajar Normal

Testimoni

Apa kata ibubapa?

Mendidik sambil Jana Pendapatan bersama Cahayaku dengan Tadika/SRI/Pusat Tuisyen!Sertai Preview Cahayaku Business Opportunity
+