Legasi Pendidikan Sejak 1998

Membina generasi celik ilmu, berdikari dan berjati diri.

Visi

Membina generasi celik ilmu, berdikari dan berjati diri.

Misi

Menyediakan program pendidikan komprehensif untuk pelajar normal & istimewa, dengan fokus pada pembangunan IQ, EQ, sifat positif & pegangan hidup berasaskan ilmu.

Cahaya Abdul Manan

Penulis & Pereka Konsep Cahayaku

Bermula Dengan Satu Modul, Kini Jadi Legasi

Teknik Cahayaku merupakan satu-satunya Konsep Cepat Membaca yang menggunakan mimik untuk membantu kanak-kanak lebih cepat membaca. Berkonsepkan 7M iaitu berMain, Membaca, Mengira, Menulis, Mewarna, Mengeja dan Moral, kaedah ini adalah gabungan mimik konsonan dan bunyian vokal akan menghasilkan bunyi suku kata.

Pembelajaran menggunakan Teknik Cahayaku akan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan tidak membebanan daya ingatan. Kaedah ini telah menjalani penyelidikan terhadap 30 orang pelajar istimewa yang terdiri daripada disleksia, autism, sindrom down, mental retarded, pelat, kanak-kanak yang hilang pendengaran dan pelbagai kategori yang lain. Melalui penyelidikan ini, Teknik Cahayaku telah berjaya membantu mereka membaca dan memulihkan karektor para pelajar tersebut.

Sistem Cahayaku telah mengeluarkan modul cepat membaca untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan yang terkini untuk Bahasa Arab dan Qurani.

Dari tahun 1998, Cahayaku bermula di bawah naungan syarikat Karisma Unggul Sdn Bhd. Apabila Cahayaku berkembang dan mendapat penerimaan daripada masyarakat sebagai sistem pendidikan yang berkualiti, Edu Cahayaku Sdn Bhd akhirnya ditubuhkan sebagai syarikat sendiri. Sehingga 2019, Cahayaku terus mendidik di bawah Edu Cahayaku dari tahun 2001 dan merupakan produk yang terkenal di pasaran Malaysia selama lebih dua dekad.

Bagi merealisasikan matlamat Sistem Cahayaku ke pasaran antarabangsa, pada 30hb Jun 2019 Rangkaian Pusat Pendidikan Cahayaku diperkenalkan di bawah Jenama Cahayaku Legacy atau singkatannya CL. Kini Cahayaku Legacy dan Edu Cahayaku diuruskan oleh anak syarikat Edu Sync Solutions.

Perkembangan Cahayaku

Perjalanan Kami Sejak 1998

1998

Modul Bahasa Melayu

Modul Teknik Cepat Membaca Cahayaku yang pertama bagi Bahasa Melayu mula digunakan.

2000

Modul English Language

Modul English Language yang dinamakan Cahayaku Paradigm – Pronunciation Skill mula digunakan.

2018

Modul Lughatul Arabi

Modul Lughatul Arabi, belajar membaca Bahasa Arab secara tak langsung belajar mengaji Al Quran dan Jawi mula digunakan.

2018

Modul Lughatul Qurani

Modul Lughatul Arabi, belajar membaca Bahasa Arab secara tak langsung belajar mengaji Al Quran dan Jawi mula digunakan.

2019

Rangkaian Cahayaku Legacy

Pusat Pendidikan Berjenama Cahayaku Legacy diperkenalkan terdiri daripada program Tadika, Kelas Membaca, Sekolah Rendah Integrasi dan Kelas Mengaji Al Quran.

2023

Terapi Membaca & Needs

2 Program baru berserta modul dan teknik khas untuk pelajar berkeperluan khas diperkenalkan serta pelarasan semula program Cahayaku Legacy.

A Team Of Experts You Can Trust

Himenaeos mus porttitor nullam rutrum quisque efficitur quisque libero tristique ultricies himenaeos donec ad tincidunt magna porttitor nascetur interdum suspendisse varius.

Melissa Ortega

Chief Investment Officer

Daniel Mercado

Portfolio Manager

Alicia Peterson

Research Analyst

Victoria Birmon

Risk Manager

Oliver Berwill

Investor Relations Manager

Prescilla Keys

Compliance Officer

Andrew Williams

Trader & Consultant

Cahayaku Legacy

Cahayaku Legacy

Typically replies within an hour

I will be back soon

Cahayaku Legacy
Hai / Salam 👋
Anda perlukan bantuan atau ada pertanyaan?
Perlukan Bantuan?