Bina Jiwa Bertakwa Dengan Ilmu, Akhlak & Penghayatan
SRI Cahayaku membantu pelajar Tahun 1–6 kuasai KAFA dan hafazan Al-Quran sambil membina keyakinan, penghayatan dan kendiri.
Liputan Media













Sekolah Rendah Integrasi Cahayaku
Program SRI Cahayaku direka khusus sebagai program separuh hari untuk pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 — sama ada pelajar normal atau istimewa yang telah disaring dan layak.
Fokus utama adalah membina penguasaan 3M untuk KAFA (membaca jawi, mengaji Al-Quran, dan menulis), sambil menerapkan disiplin, penghayatan Islam dan kemahiran hidup.
Modul utama termasuk KAFA JAKIM, Lughatul Qurani, Hafazan Harfiyyah dan bacaan intonasi gaya Syeikh Misyari Rashid Al-Afasy.
Pelajar belajar secara bergilir 1-to-1 dan aktiviti berkumpulan dalam suasana yang sabar, selamat dan berstruktur.
🚀 Sedia Bina Masa Depan Anak Bersama Kami?
Jangan tunggu anak ketinggalan baru nak mula. Tadika Integrasi Cahayaku adalah tempat terbaik untuk bina asas kukuh pembelajaran, sahsiah dan jati diri anak anda.
Antara soalan penting yang sering ditanya oleh ibubapa:
🔹 Jadual hari & masa persekolahan
🔹 Takwim tahunan & cuti sekolah
🔹 Yuran pendaftaran & bulanan
🔹 Lawatan ke tadika & sesi orientasi
🔹 Temujanji & sesi taklimat ibu bapa
🔹 Tempahan Slot Klinik Membaca
🔹 Cara tempahan tempat & borang pendaftaran
📌 Semua ini akan kami bantu terangkan melalui WhatsApp sebaik sahaja anda isi borang yang disediakan.
📥 Isi borang sekarang dan kami akan bantu anda teruskan langkah seterusnya.
➡️ Anda akan terus dibawa ke WhatsApp pengusaha untuk maklumat lanjut dan lawatan.
❓ Soalan Lazim (FAQ)
1. Umur berapa anak boleh daftar Tadika Integrasi Cahayaku?
📌 Program ini terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Modul kami disusun ikut progress dan tahap kemampuan supaya setiap anak dapat bimbingan yang sesuai.
2. Apa beza Tadika Integrasi Cahayaku dengan tadika biasa?
📌 Kami gunakan Modul Cahayaku yang terbukti berkesan, menekankan gabungan EQ, IQ dan akhlak Islamiah. Anak bukan hanya belajar akademik – tapi juga dibentuk dari segi emosi, sahsiah dan jatidiri.
3. Anak saya belum kenal huruf. Sesuai ke untuk masuk?
📌 Sangat sesuai! Kami ada teknik khas bermula dari zero, termasuk untuk anak yang belum kenal abjad atau masih keliru suku kata.
4. Ada aktiviti selain akademik?
📌 Banyak! Anak akan sertai aktiviti tahunan seperti:
– Hari Sukan & Permainan
– Simulasi Haji Cilik
– Lawatan Belajar
– Sesi Fotografi & Buku Kenangan
– Majlis Graduasi & Persembahan
– Hari Terbuka & Sesi Bertemu Ibu Bapa
5. Anak saya ada rujukan doktor pakar kanak-kanak. Boleh ke sertai Tadika Integrasi Cahayaku?
📌 Boleh, dengan syarat ibu bapa perlu hadir ke Klinik Membaca atau sesi Temujanji terlebih dahulu. Kami akan lakukan saringan karakter, ciri istimewa dan tahap membaca anak.
Sekiranya sesuai, anak boleh diserap ke program sedia ada. Jika tidak, kami akan berikan sesi konsultasi khas dan cadangan untuk menyertai Program Pendidikan Khas atau Terapi Membaca Cahayaku.
6. Perlu ke anak saya hadir ke sesi Temujanji atau Klinik Membaca sebelum daftar?
📌 Ya, sangat digalakkan. Terutama jika ibu bapa baru pertama kali nak hantar anak ke Tadika Integrasi Cahayaku.
Sesi ini membantu kami kenal pasti karakter anak, termasuk sama ada ada ciri istimewa atau hanya perlukan pendekatan pembelajaran berbeza.
7. Anak saya tak nampak kemajuan di tadika sekarang dan mungkin ada ciri istimewa. Boleh ke daftar terus?
📌 Jika belum ada rujukan dari doktor pakar, boleh hadir ke Klinik Membaca atau sesi Temujanji. Kami akan buat intervensi awal dan saringan, dan berikan cadangan program paling sesuai untuk anak anda — sama ada Tadika Integrasi, Pendidikan Khas, atau Terapi Membaca.