Terma & Syarat
Sila baca terma dan syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan laman web cahayakulegacy.com yang dikendalikan oleh Cahayaku Legacy.
Penerima Terma
Dengan mengakses atau menggunakan mana-mana bahagian laman ini, anda bersetuju untuk terikat dengan terma ini. Jika anda tidak bersetuju, sila hentikan penggunaan laman ini.
Maklumat Perkhidmatan
Cahayaku Legacy menyediakan akses kepada:
- Portal Komuniti Ibu Bapa & Guru
- Kursus atas talian (Online Course)
- Pembelian eBook dan bahan digital
- Tempahan temujanji dan program pendidikan
Setiap pembelian atau penyertaan tertakluk kepada syarat program masing-masing.
Pengguna Berdaftar
Untuk mengakses kursus, portal komuniti atau membuat pembelian, anda perlu mendaftar akaun. Anda bertanggungjawab untuk maklumat log masuk dan keselamatan akaun anda.
Pembayaran & Pemulangan
Semua pembayaran adalah muktamad kecuali dinyatakan sebaliknya. Bayaran untuk kursus, program atau bahan digital tidak akan dikembalikan selepas akses diberikan, melainkan ada isu teknikal dari pihak kami.
Penggunaan Komuniti
Pengguna komuniti wajib menjaga adab dan etika. Komentar atau perkongsian yang mengandungi unsur fitnah, lucah, spam atau provokatif akan dipadam dan akaun boleh digantung tanpa notis.
Hak Cipta & Kandungan
Semua kandungan, termasuk modul, video, grafik dan bahan bertulis adalah hak milik Cahayaku Legacy dan tidak boleh disalin, dikongsi atau digunakan semula tanpa kebenaran bertulis.
Pindaah Terma
Cahayaku Legacy berhak mengubah terma ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan dipaparkan di laman ini.
Hubungi Kami
HQ Cahayaku Legacy
MT 2900 (UP) Jalan TBBMT Utama,
Taman Bandar Baru Masjid Tanah,
78300 Masjid Tanah, Melaka, Malaysia
Emel: info@cahayakulegacy.com