Fakta Tentang Buta Huruf Di Malaysia
Fakta Tentang Buta Huruf Di Malaysia
Malaysia berada pada kedudukan ke-53 negara paling celik huruf seperti tersenarai dalam ‘World’s Most Literate Nations’, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun. Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Central Connecticut State University, tangga teratas ialah Finland, diikuti Norway, Iceland, Denmark, Sweden, Switzerland, Amerika Syarikat, Jerman, Latvia dan Belanda. “Kita berada di tangga ke-53 tetapi masih baik berbanding Thailand yang berada di tangga ke-59 dan Indonesia (ke-60),” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Buku Keningau (KBK) 2017 di sini Isnin.Majalah Pa&Ma
Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak Pusat Pembelajaran Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Datin Prof. Mariani Md Nor, pelajar tahun satu 2021 mungkin akan berdepan masalah buta huruf apabila tidak dibimbing oleh guru dan ibu bapa dalam tempoh penutupan sekolah tahun ini.Akhbar Sinar Harian
Sebanyak 44 peratus daripada 8,256 murid tahun satu di daerah ini tidak mengenal huruf dan tidak tahu membaca, tahun ini. Jumlah itu membabitkan seramai 3,677 orang, menunjukkan peningkatan berbanding 2,968 murid tidak tahu membaca dicatatkan daripada keseluruhan 8,060 murid tahun satu pada tahun lalu. Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan, Mohd Razali Mustaffar berkata, masalah itu satu cabaran bagi pihak sekolah dan guru-guru bagi memastikan semua pelajar terlibat mampu menguasainya. Menurutnya, PPD menetapkan sasaran sehingga Julai, semua murid yang mengalami masalah tidak tahu membaca itu mampu menguasainya sekurang-kurang pada tahap empat iaitu mampu mengeja suku kata.Akhbar Harian Metro
Kuala Lumpur: Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) bimbang ramai murid tahun satu dan tadika berkemungkinan gagal menguasai 3M iaitu membaca, mengira dan menulis disebabkan tempoh lama tidak bersekolah secara bersemuka. Presiden i-Guru, Mohd Azizee Hasan berkata, golongan di peringkat baharu memasuki sistem pendidikan itu berisiko gagal menguasai literasi dan numerasi atau menguasai huruf serta nombor. “Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kena tangani isu ini sebaiknya. Ia menjadi kerisauan ibu bapa akibat tempoh belajar di rumah yang lebih lama berbanding di sekolah. “Anak kecil ini berisiko terdedah kepada masalah buta huruf,” katanya.Malaysia Kini
Proses pembelajaran yang terjejas tahun ini akibat wabak Covid-19 memberi kesan kepada pelajar, dan antara yang membangkitkan kebimbangan adalah kalangan yang akan masuk darjah 1 pada tahun depan. Ini kerana perkembangan kemahiran asas membaca, bertutur dan menulis (3M) mereka dikhuatiri tersekat akibat sesi pembelajaran yang terganggu sepanjang tahun lalu. Perkara itu dibangkitkan bekas menteri pendidikan Dr Maszlee Malik pada 16 Disember lalu, berhubung ‘Generasi Tersisih’ akibat wabak Covid-19, seperti yang dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Unesco dan Bank Dunia. Menurut Maszlee, dianggarkan hampir sejuta murid prasekolah, tahun satu dan tahun dua terjejas akibat tiadanya sesi pembelajaran yang normal tahun ini.Ini adalah sebahagian fakta dan maklumat penting yang perlu kita ambil tindakan bersama. Anak bangsa kita hari esok akan ditentukan oleh siapa mereka pada hari ini. Membaca itu adalah kunci ilmu. Jika hilang kunci ini, anak-anak bakal berada dalam kejahilan untuk memimpin negara.

Anak Anda Special Atau Normal?
Share on facebook Facebook Share on twitter Twitter Share on telegram Telegram Share on whatsapp WhatsApp Share on email Email Anak Anda Special Atau Normal? Purata manusia di dunia ini mengatakan mereka normal! Betul ke? Adakah anda merasa malu atau tersinggung apabila anda atau anak anda dikatakan “special”? Sungguh mengerikan. Betul tak? Adakah anda kenal

Perlukah Kemahiran 3M Untuk Anak-Anak?
Share on facebook Facebook Share on twitter Twitter Share on telegram Telegram Share on whatsapp WhatsApp Share on email Email Salamku kepada semua blogger dan pembaca. Mungkin posting kali ini agak “pedas dan menyakitkan”. Namun dalam pedas mungkin ianya menjadi ubat untuk dirimu. Walau bagaimana pun aku mohon maaf terlebih dahulu kepada semua sebelum kamu

Didik Anak Agar Tidak Berbohong
Share on facebook Facebook Share on telegram Telegram Share on whatsapp WhatsApp Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ‘Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu-bapalah yang akan mencorakkan samada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi. Pepatah orang tua-tua ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Memegang kepada kata-kata inilah

LINUS Berakhir Di Kantin? Hanya Aku Dan Mereka, Yang Lain?
Share on facebook Share on telegram Share on whatsapp ‘Cikgu janji siapa yang habis cepat membaca buku Cahayaku dan boleh membaca suratkhabar cikgu akan belikan McDonald, KFC dan bagi hadiah’ itulah kata-kata semangat yang saya lemparkan kepada pelajar-pelajar Linus di Sekolah Rendah Kebangsaan Kg. Baru, Kuala Lumpur ketika mula-mula saya mengenali mereka. Semuanya ada 49

18 Mimik Sahaja, Anak Cepat Membaca?
Memang jika anda lihat di luar sana, banyak sekali kaedah dan teknik untuk ajar anak-anak membaca. Pelbagai nama dan juga cara digunapakai untuk mengajar anak-anak seawal 4 tahun ini cepat membaca. Persoalannya, walaupun begitu banyak kaedah dan teknik membaca kenapa peratus buta huruf di negara kita masih meruncing? Sebabnya mudah sekali. Tidak semua kaedah dan

Fakta Tentang Buta Huruf Di Malaysia
Share on facebook Facebook Share on twitter Twitter Share on whatsapp WhatsApp Share on telegram Telegram Satu fakta yang kami masih ternanti-nanti dari pihak KPM ialah statistik pelajar buta huruf di seluruh negara. Mungkin ramai di kalangan ibu bapa belum tahu bahawa masalah anak-anak yang tidak boleh membaca adalah sangat serius dan masalah ini menjadi